Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بُعِثْتُ داعيًا ومُبَلِّغًا، وليس إلَيَّ من الهُدَي شيءٌ، وخُلِقَ إبليسُ مُزَيِّنًا، وليس إليه من الضلالةِ شيءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Aku diutuskan sebagai pendakwah dan penyampai (risalah kenabian), dan tiadapun padaku apa-apa kaitan dengan pemberian hidayah, dan diciptakan iblis sebagai penggoda, dan tiadapun padanya apa-apa kaitan dengan (kudrat) penyesatan.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1811, hadis no. 9129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعاً: بعثت داعياً ومبلّغاً ؛ وليس إليّ من الهدى شيء، وخُلِقَ إبليس مزيّناً ؛ وليس إليه من الضلالة شيء. [الدولابي، عق، عد، أبو الشيخ في ((التاريخ))، المزكي في ((الفوائد))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، اللالكائي، الجرجاني، ابن عساكر، فر، السلفي في ((المعجم السفر))، ((الضعيفة)) (2249)]
(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Nabi SAW bersabda: Aku diutuskan sebagai pendakwah dan penyampai (risalah kenabian), dan tiadapun padaku apa-apa kaitan dengan pemberian hidayah, dan diciptakan iblis sebagai penggoda, dan tiadapun padanya apa-apa kaitan dengan (kudrat) penyesatan. [Al-Dulabi, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu al-Syeikh dalam ((al-Tarikh)), al-Muzakki dalam ((al-Fawaid)), Abu Uthman al-Buhairi dalam ((al-Fawaid)), al-Lalikaie, al-Jurjani, Ibn ‘Asakir, Dailami dalam ((al-Firdaus)), al-Salafi dalam ((al-Mu’jam al-Safar)), ((Silsilah al-Dhaifah)) (2249)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman