TEKS BAHASA ARAB
بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم في ليلة باردة، أو في غداة باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله صلى الله عليه وسلم معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه [فصرنا ثلاثة].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku diutuskan oleh Rasulullah SAW pada suatu malam yang sejuk, atau pada pagi yang sejuk. Lalu aku bertolak dan aku datang sedangkan Rasulullah SAW bersama dengan para isterinya di dalam selimut. Lalu baginda melemparkan kepada aku bucu bajunya. [Lalu kami menjadi tiga orang].
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 788, hadis nombor 4045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن الزبير عن أبيه قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم في ليلة باردة، أو في غداة باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله صلى الله عليه وسلم معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه [فصرنا ثلاثة]. [ك، البزار، ابن أبي عاصم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2662)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin al-Zubair dari ayahnya RA berkata: Aku diutuskan oleh Rasulullah SAW pada suatu malam yang sejuk, atau pada pagi yang sejuk. Lalu aku bertolak dan aku datang sedangkan Rasulullah SAW bersama dengan para isterinya di dalam selimut. Lalu baginda melemparkan kepada aku bucu bajunya. [Lalu kami menjadi tiga orang].” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2662]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.