Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku diutuskan oleh Rasulullah SAW pada suatu malam yang sejuk

Teks Bahasa Arab

عثني رسولُ اللهِ ﷺ في ليلةٍ باردةٍ، أو في غَداةٍ باردةٍ، فذهبتُ ثم جِئْتُ ورسولُ اللهِ معه بعضُ نسائِهِ في لِحافٍ، فطرح عليَّ طَرْفَ ثوبِه (فصِرْنا ثلاثةً).

Teks Bahasa Melayu

Aku diutuskan oleh Rasulullah SAW pada suatu malam yang sejuk, atau pada pagi yang sejuk. Lalu aku bertolak dan aku datang sedangkan Rasulullah SAW bersama dengan para isterinya di dalam selimut. Lalu baginda melemparkan kepada aku bucu bajunya. [Lalu kami menjadi tiga orang].

Sahabat Perawi

  1. al-Zubair bin al-Awwam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 788, hadis no. 4045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن الزبير عن أبيه قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم في ليلة باردة، أو في ‌غداة ‌باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله صلى الله عليه وسلم معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه [فصرنا ثلاثة]. [ك، البزار، ابن أبي عاصم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2662)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin al-Zubair dari ayahnya RA berkata: Aku diutuskan oleh Rasulullah SAW pada suatu malam yang sejuk, atau pada pagi yang sejuk. Lalu aku bertolak dan aku datang sedangkan Rasulullah SAW bersama dengan para isterinya di dalam selimut. Lalu baginda melemparkan kepada aku bucu bajunya. [Lalu kami menjadi tiga orang].” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2662]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.