Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku diutuskan dengan rahmat dan peperangan, aku tidak diutus sebagai peniaga mahupun petani

Teks Bahasa Arab

بُعِثْتُ مَرْحَمَةً ومَلْحَمَةً، ولم أُبْعَثْ تاجرًا ولا زَرَّاعًا، أَلَا وإن شِرارَ هذه الأمةِ التُّجَّارُ والزَّرَّاعُونَ، إلا مَن شَحَّ على نفسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku diutuskan dengan rahmat dan peperangan, aku tidak diutus sebagai peniaga mahupun petani. Golongan yang buruk dari umat ini adalah para peniaga dan petani (yang berbuat jahat), kecuali mereka yang kedekut ke atas diri mereka (tidak berbuat jahat demi mendapatkan keuntungan).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis no. 3092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((بعثت مرحمة وملحمة، ولم أبعث تاجرا ولا زراعا، ألا وإن شرار هذه الأمة التجار والزراعون، إلا من شح على نفسه)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، حل، أبو نعيم في ((اخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1571)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Aku diutuskan dengan rahmat dan peperangan, aku tidak diutus sebagai peniaga mahupun petani. Golongan yang buruk dari umat ini adalah para peniaga dan petani (yang berbuat jahat), kecuali mereka yang kedekut ke atas diri mereka (tidak berbuat jahat demi mendapatkan keuntungan))). [Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Tabaqat, Abu Nuaim dalam al-Hilyah dan Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1571].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.