Aku diberikan cemeti di jalan Allah SWT(sebagai habuan) lebih aku sukai berbanding aku membebaskan anak zina

TEKS BAHASA ARAB

لأن أمتع بسوط في سبيل الله أحب إلي من أن أعتق ولد الزنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diberikan cemeti di jalan Allah SWT lebih aku sukai berbanding aku membebaskan anak zina.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1001-1002, hadis nombor 5159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عن عروة بن الزبير رضي الله عنه قال: بلغ عائشة رضي الله عنها أن أبا هريرة رضي الله عنه يقول: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لأن أمتع بسوط في سبيل الله؛ أحب إلي من أن أعتق ولد الزنا. وأن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ولد الزنا شر الثلاثة و إن الميت يعذب ببكاء الحي فقالت عائشة: رحم الله أبا هريرة أساء سمعا فأساء إصابة، أما قوله: لأن أمتع بسوط في سبيل الله أحب إلي من أن أعتق ولد الزنا إنها لما نزلت (فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ (11) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ) قيل: يا رسول الله ما عندنا ما نعتق إلا أن أحدنا له جارية سوداء تخدمه وتسعى عليه، فلو أمرناهن فزنين فجئن بالأولاد فأعتقناهم؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لأن أمتع بسوط في سبيل الله أحب إلي من أن آمر بالزنا ثم أعتق الولد. وأما قوله: ولد الزنا شر ثلاثة فلم يكن الحديث على هذا إنما كان رجل من المنافقين يؤذي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: من يعذرني من فلان؟ قيل: يا رسول الله مع ما به ولد زنا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : هو شر الثلاثة والله عز وجل يقول: وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى. وأما قوله: إن الميت ليعذب ببكاء الحي فلم يكن الحديث على هذا ولكن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بدار رجل من اليهود قد مات وأهله يبكون عليه فقال:إنهم يبكون عليه، وإنه ليعذب والله عز وجل يقول: (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا). [ك، الضعيفة (4295)].

(Lemah) Daripada ‘Urwah Bin al-Zubair RA berkata: Telah sampai kepada Aishah RA bahawa Abu Hurairah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Aku diberikan cemeti jalan Allah SWT lebih aku sukai berbanding aku membebaskan anak zina.. Bahawa Rasulullah SAW juga bersabda: Anak zina adalah yang paling buruk antara tiga (orang), dan Sesungguhnya mayat itu diazab kerana tangisan orang yang masih hidup. Aishah berkata: Semoga Allah merahmati Abu Hurairah! Beliau silap dengar dan telah tersalah faham. Adapun ucapan baginda: Aku disebat dengan cemeti jalan Allah SWT lebih aku sukai berbanding aku membebaskan anak zina. Sesungguhnya ia apabila turun ayat “Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan * Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apakah dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?” [Al-Balad: 11-12], dikatakan: Wahai Rasulullah, kami tidak mempunyai apa yang boleh kami bebaskan melainkan salah seorang dari kami memiliki seorang hamba perempuan hitam yang berkhidmat kepadanya dan bekerja untuknya. (Bagaimana) sekiranya kami memberi arahan kepada mereka (untuk) mereka berzina, kemudian mereka pulang dengan anak-anak lalu kami bebaskan mereka? Maka Rasulullah SAW menjawab: Bahawa aku diberikan cemeti di jalan Allah SWT itu lebih aku sukai berbanding aku memberi arahan untuk berzina kemudian aku membebaskan anak itu. Manakala ucapan baginda: Anak zina adalah yang paling buruk antara tiga (orang), hadis itu bukanlah seperti ini. Hanya sanya ada seorang lelaki dari kalangan munafik menyakiti Rasulullah SAW, maka baginda bersabda: Siapa yang boleh memberiku uzur (atas balasanku) pada si polan? Baginda ditanya: Wahai Rasullah, bersama apa yang dengannya, anak zina. Maka Rasulullah SAW bersabda: Anak zina adalah yang paling buruk antara tiga (orang)”. Allah SWT juga berfirman: “Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”. Adapun ucapan baginda SAW: Sesungguhnya mayat itu diazab kerana tangisan orang yang masih hidup, maka hadis itu bukanlah seperti ini, tetapi Rasulullah SAW melintasi rumah seorang lelaki daripada kalangan Yahudi yang telah mati, dan keluarganya meratapinya. Maka baginda bersabda: Sesungguhnya mereka meratapinya, sedangkan mayat itu diazab. Allah SWT juga berfirman: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” [Al-Baqarah: 286]. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4295].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs