TEKS BAHASA ARAB
أريت دار هجرتكم سبخة بين ظهراني حرة، فإما أن تكون هجرا، أو تكون يثرب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku diperlihatkan tempat kamu berhijrah iaitu tanah tandus yang berada di antara dua Harrah (kawasan berbatu hitam), ia sama ada Hajar atau Yathrib.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 736, hadis nombor 3760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صهيب – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أريت دار هجرتكم سبخة بين ظهراني حرة، فإما أن تكون هجرا، أو تكون يثرب)). [ك، طب، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (2749)]
(Lemah)
Daripada Suhaib RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku diperlihatkan tempat kamu berhijrah iaitu tanah tandus yang berada di antara dua Harrah (kawasan berbatu hitam), ia sama ada Hajar atau Yathrib.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam al-Dalail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2749]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.