Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku diperjalankan (ketika Israk) di dalam sebuah keranjang daripada mutiara dan tilamnya pula daripada emas

Teks Bahasa Arab

أُسريَ بي في قفصٍ من لؤلؤٍ، وفراشُهُ من ذهبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Aku diperjalankan (ketika Israk) di dalam sebuah keranjang daripada mutiara dan tilamnya pula daripada emas.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Sa‘d bin Zurārah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis no. 2486.

(منكر جدا) عن عبد الله بن سعد بن زرارة - رضي الله عنه - مرفوعا: «أسري بي في قفص من لؤلؤ، وفراشه من ذهب». [فر، «الضعيفة» (2764)].

(Sangat Munkar) Daripada Abdullah bin Sa‘d bin Zurārah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Aku diperjalankan (ketika Israk) di dalam sebuah keranjang daripada mutiara dan tilamnya pula daripada emas". [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2764].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.