TEKS BAHASA ARAB
حديث: أمرت أن أحكم بالظاهر، والله يتولى السرائر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Aku diperintahkan untuk menghukum yang zahir sahaja, Allah sahaja yang tahu perkara-perkara yang rahsia.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 48, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أنكره ابن الملقن في تخريج البيضاوي، وجزم العراقي بأنه لا أصل له.
Ibn Mulaqqin menghukumnya munkar di dalam Takhrij al-Baidhawi. Al-Iraqi menegaskan bahawa hadith ini tiada asalnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.