Aku diperintahkan untuk menghukum yang zahir sahaja

TEKS BAHASA ARAB

أمرت أن أحكم بالظاهر، والله يتولى السرائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diperintahkan untuk menghukum yang zahir sahaja, Allah sahaja yang tahu perkara-perkara yang rahsia.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 58, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جزم العراقي وغيره بأنه لا أصل له.

Al-Iraqi dan yang lain mengatakan bahawa tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.