Aku diperintahkan (untuk melakukan solat) witir dan solat dhuha dua rakaat, dan ia tidak diwajibkan

TEKS BAHASA ARAB

أمرت بالوتر وركعتي الضحى، ولم يكتب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diperintahkan (untuk melakukan solat) witir dan solat dhuha dua rakaat, dan ia tidak diwajibkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 266, hadis nombor 1385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أمرت بالوتر وركعتي الضحى، ولم يكتب)). [حم، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (2937)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku diperintahkan (untuk melakukan solat) witir dan solat dhuha dua rakaat, dan ia tidak diwajibkan.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn al-Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2937]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs