Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُمرتُ بالوترِ وركعتي الضُّحى، ولمْ يُكتبْ.
Teks Bahasa Melayu
Aku diperintahkan (untuk melakukan solat) witir dan solat dhuha dua rakaat, dan ia tidak diwajibkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 266, hadis no. 1385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أمرت بالوتر وركعتي الضحى، ولم يكتب)). [حم، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (2937)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku diperintahkan (untuk melakukan solat) witir dan solat dhuha dua rakaat, dan ia tidak diwajibkan. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn al-Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2937]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman