Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang-temulang dan tidak membiarkan rambut atau apa-apa kain menjadi penghalang

TEKS BAHASA ARAB

أما أنا فأسجد على سبعة أعظم، ولا أكف شعرا ولا ثوبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang-temulang dan tidak membiarkan rambut atau apa-apa kain menjadi penghalang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643-1644, hadis nombor 8311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم : ((أَمَّا أَنَا فَأَسْجُدُ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ، وَلا أَكُفُّ شَعْرًا وَلا ثَوْبًا)). [طب، ((الضعيفة)) (7054)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang-temulang dan tidak membiarkan rambut atau apa-apa kain menjadi penghalang.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7054)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs