Aku diizinkan untuk bercakap mengenai malaikat yang membawa Arasy

TEKS BAHASA ARAB

أذن لي أن أحدث عن ملك من حملة العرش: رجلاه في الأرض السفلى، وعلى قرنه العرش، وبين شحمة أذنه وعاتقه خفقان الطير سبع مئة سنة، يقول الملك: سبحانك حيث كنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diizinkan untuk bercakap mengenai malaikat yang membawa Arasy: Dua kakinya di bawah bumi dan di atas dua tanduknya adalah Arasy. Dan di antara cuping dua telinganya dan dua bahunya denyutan jantung burung selama tujuh ribu tahun, malaikat berkata: Maha Suci Engkau di mana sahaja Kau berada.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1573, hadis nombor 7964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: ((القرن)) و:((الخفقان)))
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أذن لي أن أحدث عن ملك من حملة العرش: رجلاه في الأرض السفلى، وعلى قرنه العرش، وبين شحمة أذنه وعاتقه خفقان الطير سبع مئة سنة، يقول الملك: سبحانك حيث كنت)). [طس، ((الضعيفة)) (6923))].

(Munkar dengan lafaz “tanduk” dan “denyutan jantung”)
Daripada Anas RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: “Aku diizinkan untuk bercakap mengenai malaikat yang membawa Arasy. Dua kakinya di bawah bumi dan di atas dua tanduknya adalah arasy. Dan di antara cuping dua telinganya dan dua bahunya denyutan jantung burung selama tujuh ribu tahun, malaikat berkata: Maha Suci Engkau di mana sahaja Kau berada”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6923].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs