Aku didatangi oleh Jibril dan berkata: Wahai Muhammad kurangkanlah harga dari dirhammu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل فقال: يا محمد ماكس عن درهمك؛ فإن المغبون لا مأجور ولا محمود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku didatangi oleh Jibril dan berkata: Wahai Muhammad kurangkanlah harga dari dirhammu, sesungguhnya orang yang menipu dalam jual beli tidak mendapat pahala mahupun pujian.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis nombor 3911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا الاتمام) عن أنس -رضي الله عنه – رفعه: ((أتاني جبريل فقال: يا محمد ماكس عن درهمك؛ فإن المغبون لا مأجور ولا محمود)). [((الضعيفة)) (675)].

(Tiada asalnya dengan selengkap ini) Daripada Anas RA secara marfu’ “Aku didatangi oleh Jibril dan berkata: Wahai Muhammad kurangkanlah harga dari dirhammu, sesungguhnya orang yang menipu dalam jual beli tidak mendapat pahala mahupun pujian.” [Lihat Silsilah Al-Da’ifah, no. 675].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.