Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ عليه الصلاةُ والسلامُ بسفرْجلةِ من الجنةِ؛ فأكلتُها ليلةَ أُسريَ بي، فعلقتْ خديجةُ بفاطمةَ، فكنت إذا اشتقتُ إلى رائحةِ الجنةِ؛ شممتُ رقبةَ فاطمةَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku didatangi Jibrail AS dengan buah kuins dari syurga, lalu aku memakannya pada malam aku diisrakkan. Kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah, lalu jika aku merindui bau syurga aku akan mencium baunya dari leher Fatimah.
Sahabat Perawi
- Saad bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 671, hadis no. 3459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سعد بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام بسفرجلة من الجنة؛ فأكلتها ليلة أسري بي، فعلقت خديجة بفاطمة، فكنت إذا اشتقت إلى رائحة الجنة؛ شممت رقبة فاطمة)). [ك، ((الضعيفة)) (5027)]
(Palsu) Daripada Sa‘ad bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku didatangi Jibrail AS dengan buah kuins dari syurga, lalu aku memakannya pada malam aku diisrakkan. Kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah, lalu jika aku merindui bau syurga aku akan mencium baunya dari leher Fatimah. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5027]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman