Aku diberikan keutamaan ke atas nabi-nabi lain dengan lima perkara

TEKS BAHASA ARAB

فضلت على الأنبياء بخمسٍ… ونصرت بالرعب شهرا أمامي وشهرا خلفي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diberikan keutamaan ke atas nabi-nabi lain dengan lima perkara… Aku diberikan kemenangan dengan rasa takut (dalam diri musuh) sebulan di hadapanku dan sebulan di belakangku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis nombor 2770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الشهرين)) عن السائب بن یزید -رضي الله عنه – ، قال: قال رسول الله : «فضلت على الأنبياء بخمسٍ… ونصرت بالرعب شهرا أمامي وشهرا خلفي…».
[طب، «الضعيفة »، (5953)].

(Munkar dengan lafaz (Dua Bulan)) Daripada Saib bin Yazid RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Aku diberikan keutamaan ke atas nabi-nabi lain dengan lima perkara… Aku diberikan kemenangan dengan rasa takut (dalam diri musuh) sebulan di hadapanku dan sebulan di belakangku…".
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5953]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs