TEKS BAHASA ARAB
فضلت على الأنبياء بخمس ونصرت بالرعب شهرا أمامي وشهرا خلفي…
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku diberikan keutamaan berbanding para Nabi yang lain dengan lima perkara. Antaranya aku dibantu dengan dicampakkan rasa takut kepada musuh sebulan selepas dan sebelumku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis nombor 5478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر الشهرين) عن السائب بن يزيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فُضِّلتُ على الأنبياء بخمس ونصرت بالرعب شهرًا أمامي وشهرًا خلفي [طب, الضعيفة (5953)]
(Munkar dengan sebutan dua bulan) Daripada al-Sa’ib bin Yazid RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku diberikan keutamaan berbanding para Nabi yang lain dengan lima perkara. Antaranya aku dibantu dengan dicampakkan rasa takut kepada musuh sebulan selepas dan sebelumku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5953]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.