Aku diberikan kelebihan berbanding manusia lain dalam empat perkara

TEKS BAHASA ARAB

فضلت على الناس بأربع: بالسخاء، والشجاعة، وكثرة الجماع، وشدة البطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diberikan kelebihan berbanding manusia lain dalam empat perkara: Sifat dermawan, keberanian, banyak berjimak dan dan kekuatan peperangan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis nombor 9099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فضلت على الناس بأربع: بالسخاء، والشجاعة، وكثرة الجماع، وشدة البطش)). [خط، الإسماعيلي، ((الضعيفة)) (1597)]

(Batil) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Aku diberikan kelebihan berbanding manusia lain dalam 4 perkara: Sifat dermawan, keberanian, banyaknya berjimak dan dan kekuatan peperangan." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-‘Isma’ili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs