Aku diberikan kekuatan sebanyak 40 kali pada keberanian dan pernikahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أعطيت قوة أربعين في البطش والنكاح، وما من مؤمن إلا أعطي قوة عشرة. وجعلت الشهوة على عشرة أجزاء، وجعلت تسعة أجزاء منها في النساء، وواحدة في الرجال، ولولا ما ألقي عليهن من الحياء مع شهواتهن؛ لكان لكل رجل تسع نسوة مغتلمات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diberikan kekuatan sebanyak 40 kali ganda pada keberanian dan pernikahan, dan tidak ada seorang mukmin pun melainkan dia akan diberikan sepuluh kekuatan. Dijadikan syahwat itu kepada sepuluh bahagian; sembilan bahagian daripadanya berada pada orang perempuan, manakala satu bahagian pada orang lelaki. Jika tidak dicampakkan bagi para wanita itu perasaan malu bersama dengan syahwat mereka, nescaya bagi setiap seorang lelaki itu ada sembilan orang perempuan yang kuat syahwatnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis nombor 723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أعطيت قوة أربعين في البطش والنكاح، وما من مؤمن إلا أعطي قوة عشرة. وجعلت الشهوة على عشرة أجزاء، وجعلت تسعة أجزاء منها في النساء، وواحدة في الرجال، ولولا ما ألقي عليهن من الحياء مع شهواتهن؛ لكان لكل رجل تسع نسوة مغتلمات)). [طس، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (6668)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Āṣ RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Aku diberikan kekuatan sebanyak 40 kali ganda pada keberanian dan pernikahan, dan tidak ada seorang mukmin pun melainkan dia akan diberikan sepuluh kekuatan. Dijadikan syahwat itu kepada sepuluh bahagian; sembilan bahagian daripadanya berada pada orang perempuan, manakala satu bahagian pada orang lelaki. Jika tidak dicampakkan bagi para wanita itu perasaan malu bersama dengan syahwat mereka, nescaya bagi setiap seorang lelaki itu ada sembilan orang perempuan yang kuat syahwatnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn Ḥibbān dalam al-Tsiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6668]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.