Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku diberi kelebihan sebanyak lima perkara berbanding para Nabi yang lain

Teks Bahasa Arab

فضِّلتُ على الأنبياءِ بخمسٍ ... ونُصرتُ بالرُّعبِ شَهرًا أمامي وشَهرًا خلفي

Teks Bahasa Melayu

Aku diberi kelebihan sebanyak lima perkara berbanding para Nabi yang lain. (Antaranya) Aku dibantu dengan dilemparkan rasa takut ke dalam jiwa para musuhku selama satu bulan sebelumnya dan satu bulan selepasnya.

Sahabat Perawi

  1. Al-Saib bin Yazid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis no. 5231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الشهرين) عن السائب بن يزيد رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: فضّلت على الأنبياء بخمس...ونصرت بالرعب شهرا أمامي وشهرا خلفي.... [طب, الضعيفة (5953)]

(Munkar jika disebut lafaz dua bulan) Daripada al-Saib bin Yazid RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Aku diberi kelebihan sebanyak lima perkara berbanding para Nabi yang lain. (Antaranya) Aku dibantu dengan dilemparkan rasa takut ke dalam jiwa para musuhku selama satu bulan sebelumnya dan satu bulan selepasnya. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5953].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.