Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku diberi dua kelebihan berbanding Adam

Teks Bahasa Arab

فُضِّلْتُ على آدَمَ بخَصْلَتَيْنِ : كان شَيْطانِي كافرًا فأعانَنِي اللهُ عليه حتى أَسْلَمَ ، وكُنَّ أَزْواجِي عَوْنًا لي ، وكان شيطانُ آدَمَ كافرًا ، وكانت زوجتُه عَوْنًا على خطيئتِه.

Teks Bahasa Melayu

Aku diberi dua kelebihan berbanding Adam: Dulu syaitanku (qarin) seorang kafir. Allah membantu aku ke atasnya sehingga dia memeluk Islam. Isteri-isteriku juga menjadi penolongku. Syaitan Adam seorang yang kafir. Isterinya pula menjadi penyumbang dalam kesalahannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis no. 9037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله ﷺ: فضلت على آدم بخصلتين: كان شيطاني كافرا فأعانني الله عليه حتى أسلم، وكن أزواجي عونا لي، وكان شيطان آدم كافرا، وكانت زوجته عونا له على خطيئته. [أبو طالب مكي المؤذن في (حديثه)، خط، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (1100)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Aku diberi dua kelebihan berbanding Adam: Dulu syaitanku (qarin) seorang kafir. Allah membantu aku ke atasnya sehingga dia memeluk Islam. Isteri-isteriku juga menjadi penolongku. Syaitan Adam seorang yang kafir. Isterinya pula menjadi penyumbang dalam kesalahannya." [Riwayat Abu Tolib Makki al-Muazzin dalam kitab hadisnya, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Baihaqi dalam al-Dalail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1100]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.