Aku datang kepada Huzaifah bin al-Yaman tatkala dia berada di masjid Rasulullah SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتيت حذيفة بن اليمان وهو في مسجد رسول الله ﷺ، فسمعته يقول: خديجة بنت خویلد سابقة نساء العالمين إلى الإيمان بالله وبمحمد ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku datang kepada Huzaifah bin al-Yaman tatkala dia berada di masjid Rasulullah SAW. Aku mendengar dia berkata: "Khadijah binti Khuwailid mendahului perempuan-perempuan lain dalam beriman kepada Allah dan Muhammad SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1836, hadis nombor 9253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ربيعة السعدي، قال: أتيت حذيفة بن اليمان وهو في مسجد رسول الله ﷺ، فسمعته يقول: خديجة بنت خویلد سابقة نساء العالمين إلى الإيمان بالله و بمحمد ﷺ. [ك، (الضعيفة) (3779)].

(Lemah) Daripada Rabi’ah bin al-Sa’di berkata: Aku datang kepada Huzaifah bin al-Yaman tatkala dia berada di masjid Rasulullah SAW. Aku mendengar dia berkata: "Khadijah binti Khuwailid mendahului perempuan-perempuan lain dalam beriman kepada Allah dan Muhammad SAW." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3779]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.