Aku datang dengan begitu cepat ini adalah untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan malam al-Qadar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جئت مسرعا أخبركم بليلة القدر فأنسيتها بيني وبينكم ولكن التمسوها في العشر الأواخر من رمضان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku datang dengan begitu cepat ini adalah untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan malam al-Qadar, yang mana pada malam itu aku telah dilupakan. Maka carilah malam al-Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1159, hadis nombor 5861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: أن نبي الله صلى الله عليه وسلم أقبل إليهم مسرعا قال: حتى أفزعنا من سرعته فلما انتهى إلينا قال: جِئْتُ مُسْرِعاً أُخْبِرُكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ، فَأُنْسِيتُهَا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَلَكِنْ الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَان. [خد، حم، طب، الضعيفة (6338)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, telah berkata: Bahawa sesungguhnya Nabi Allah SAW mendatangi mereka dalam keadaan berjalan laju. Dia menyambung lagi: Kerana kecepatan Baginda menyebabkan kami terkejut. Tatkala Baginda menghampiri kami, Baginda bersabda: Aku datang dengan begitu cepat ini adalah untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan malam al-Qadar, yang mana pada malam itu aku telah dilupakan. Maka carilah malam al-Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6338]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.