Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَفَدْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فِي نَفَرٍ مِنْ بني سَعْدٍ، وَكُنْتُ أَصْغَرَهُمْ، فَخَلَّفُونِي فِي رِحَالِهِمْ، فَأَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ ﷺ فَقَضَوْا حَوَائِجَهُمْ، فَقَالَ: " بَقِيَ أَحَدٌ؟ ". قَالُوا: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ! غُلامٌ بَقِيَ فِي رِحَالِنَا، فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَدْعُونِي، فَأَتَيْتُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَا أَنْطَاكَ اللَّهُ فَلا تَسْأَلِ النَّاسَ شَيْئاً، فَإِنَّ الْيَدَ الْعُلْيَا هِيَ الْمُنْطِيَةُ، وَإِنَّ الْيَدَ السُّفْلَى هِيَ الْمُنْطَاةُ، وَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسْؤُولُ وَالْمُنْطِي فَكَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ بِلُغَتِنَا.
Teks Bahasa Melayu
Aku datang bersama rombongan Bani Sa'ad pergi bertemu Rasulullah SAW dan pada ketika itu aku adalah ahli rombongan yang paling muda. Oleh kerana itu, mereka meninggalkan aku di khemah mereka. Mereka pergi bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat mereka, kemudian Nabi SAW bersabda: Masih ada lagi? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang pemuda dalam khemah kami. Lalu Nabi SAW meminta mereka memanggil aku. Aku datang kemudian Rasulullah SAW bersabda: Apa yang Allah telah memberinya kepadamu maka janganlah kamu memintanya. Sesungguhnya tangan yang di atas ialah yang memberi manakala tangan di bawah pula ialah yang menerima dan Allah sentiasa diminta oleh hamba-Nya dan Allah Maha pemberi. Rasulullah SAW bersabda kepada kami dengan menggunakan dialek kami.
Sahabat Perawi
- ‘Aṭiyyah bin Sa‘ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis no. 662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Aṭiyyah ibn Sa‘d RA telah berkata: Aku datang bersama rombongan Bani Sa'ad pergi bertemu Rasulullah SAW dan pada ketika itu aku adalah ahli rombongan yang paling muda. Oleh kerana itu, mereka meninggalkan aku di khemah mereka. Mereka pergi bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat mereka, kemudian Nabi SAW bersabda: Masih ada lagi? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang pemuda dalam khemah kami. Lalu Nabi SAW meminta mereka memanggil aku. Aku datang kemudian Rasulullah SAW bersabda: Apa yang Allah telah memberinya kepadamu maka janganlah kamu memintanya. Sesungguhnya tangan yang di atas ialah yang memberi manakala tangan di bawah pula ialah yang menerima dan Allah sentiasa diminta oleh hamba-Nya dan Allah Maha pemberi. Rasulullah SAW bersabda kepada kami dengan menggunakan dialek kami. [Riwayat Ibn Sa‘d, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6451)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman