Aku dari Allah dan orang-orang mukmin pula dariku

TEKS BAHASA ARAB

أنا من الله والمؤمنون مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dari Allah dan orang-orang mukmin pula dariku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 19, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الديلمي بلا سند عن عبد الله بن جراد في حديث وأنكره ابن حجر.

Al-Dailami telah meriwayatkannya tanpa sanad daripada ‘Abdullah bin Jarad dalam satu hadith. Ibn Hajar mengingkarinya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.