Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku dan wanita yang berpipi hitam seperti ini pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

أَنَا وامرأةٌ سَفْعَاءُ الخَدَّيْنِ كهاتَيْنِ يومَ القيامةِ (وأومَأَ يزيدُ بنُ زُرَيْعٍ بالوُسْطَى والسَّبَّابةِ): امرأةٌ آمَتْ مِن زوجِهَا ذاتُ مَنْصِبٍ وجَمالٍ، حَبَسَتْ نفسَها على يتاماها، حَتَّى بَانُوا أو مَاتُوا.

Teks Bahasa Melayu

Aku dan wanita yang berpipi hitam seperti ini pada hari kiamat (Yazid bin Zurai’ menunjukkan jari tengah dan jari telunjuknya), iaitu wanita yang kematian suaminya sedangkan dia seorang yang cantik dan berpengaruh. Dia menahan dirinya (daripada berkahwin lagi) sekalipun dalam keadaan dia berseorangan sehinggalah dia tua atau meninggal.

Sahabat Perawi

  1. Awf bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis no. 4704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عوف بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: أنا وامرأة سفعاء الخدين كهاتين يوم القيامة (وأومأ يزيد بن زريع بالوسطى والسبابة): امرأة آمت من زوجها ذات منصب وجمال، حبست نفسها على يتاماها، حتى بانوا أوماتوا. [د، حم، الضعيفة (1122)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada ‘Awf bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku dan wanita yang berpipi hitam seperti ini pada hari kiamat (Yazid bin Zurai’ menunjukkan jari tengah dan jari telunjuknya), iaitu wanita yang kematian suaminya sedangkan dia seorang yang cantik dan berpengaruh. Dia menahan dirinya (daripada berkahwin lagi) sekalipun dalam keadaan dia berseorangan sehinggalah dia tua atau meninggal. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1122].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.