Aku dan orang-orang bertakwa di kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا وأتقياء أمتي براء من التكلف.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku dan orang-orang bertakwa di kalangan umatku, berlepas diri daripada memberat-beratkan.

STATUS

Tidak sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 86, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: ليس بثابت.
وقال في المقاصد: روى معناه بسند ضعيف.

Al-Nawawi berkata: Hadith ini tidak sabit.
Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Hadith ini diriwayatkan secara makna dengan sanad yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs