Aku dan lelaki ini ('Ali) menjadi hujah kepada umatku pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dan lelaki ini (‘Ali) menjadi hujah kepada umatku pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1343, hadis nombor 6863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم؛ فرأى عليا مقبلا، فقال: أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة.
[خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4900)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Aku sedang bersama Nabi SAW, lalu Baginda melihat ‘Ali datang, Baginda pun bersabda: Aku dan lelaki ini (‘Ali) menjadi hujah kepada umatku pada hari kiamat.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4900]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs