Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا وهذا حُجَّةٌ على أمتي يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku dan lelaki ini ('Ali) menjadi hujah kepada umatku pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1343, hadis no. 6863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم؛ فرأى عليا مقبلا، فقال: أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة. [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4900)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Aku sedang bersama Nabi SAW, lalu Baginda melihat 'Ali datang, Baginda pun bersabda: Aku dan lelaki ini ('Ali) menjadi hujah kepada umatku pada hari kiamat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4900]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman