Aku dan lelaki ini adalah hujah ke atas umatku pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم رأى عليا مقبلا فقال: أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW melihat Ali datang kepadanya lalu bersabda: Aku dan lelaki ini adalah hujah ke atas umatku pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 373, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، وهو موضوع، والمتهم به مطر بن أبي مطر. قال في الميزان: هذا باطل.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia adalah palsu, orang yang dituduh berdusta padanya adalah Matar bin Abu Matar. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs