Aku dan Abu Bakar seperti dua ekor kuda pacuan

TEKS BAHASA ARAB

 أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ كَفَرَسَيْ رَهَّانٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dan Abu Bakar seperti dua ekor kuda pacuan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah memalsukan hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq.
—————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Berkata Ibnu Jauzi di dalam kitab Al-Maudhu’at (2/64): “Aku masih mendengar dari orang awam berkata tentang Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda …..” kemudian beliau menyebut tiga perenggan ini. Beliau menyambung “Perkara yang tidak memberi kesan, pada hadis sahih mahupun hadis palsu, maka tiada faedah untuk memanjangkan perbincangan tentangnya.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon