Aku bukanlah penyampai (berita) Allah, tetapi aku ialah Nabi Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لست بنبيء الله، ولكن أنا نبي الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bukanlah penyampai (berita) Allah, tetapi aku ialah Nabi Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis nombor 2777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عباس -رضي الله عنها- أن رجلا، قال يا نبيء الله! فقال رسول الله : «لست بنبيء الله، ولكن أنا نبي الله».
[عق، «الضعيفة»، (5759)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai penyampai (berita) Allah! Maka Rasulullah SAW menjawab: “Aku bukanlah penyampai (berita) Allah, tetapi aku ialah Nabi Allah”.
[Riwayat al-Uqaily dalam kitab al-Du'afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5759]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.