Aku bukan sebahagian daripada perkara yang batil dan perkara yang batil bukan sebahagian daripadaku (amalanku)

TEKS BAHASA ARAB

لست من دد ولا دد مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bukan sebahagian daripada perkara yang batil dan perkara yang batil bukan sebahagian daripadaku (amalanku).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – رفعه: ((لستُ من دَدٍ ولا دد مني)). [خد، الدولابي، البزار، عق، طس، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2453)].

(Lemah)
Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Aku bukan sebahagian daripada perkara yang batil dan perkara yang batil bukan sebahagian daripadaku (amalanku).))
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Dulabi, al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Dāraquṭnī dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2453].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.