Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لست من دَدٍ ولا دد مني.
Teks Bahasa Melayu
Aku bukan sebahagian daripada perkara yang batil dan perkara yang batil bukan sebahagian daripadaku (amalanku).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Aku bukan sebahagian daripada perkara yang batil dan perkara yang batil bukan sebahagian daripadaku (amalanku).)) [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Dulabi, al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Dāraquṭnī dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2453].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman