Aku bukan pembawa berita (Nabi') Allah, tetapi aku adalah Nabi (utusan) Allah

TEKS BAHASA ARAB

لست بنبيء الله ولكن أنا نبي الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bukan pembawa berita (Nabi’) Allah, tetapi aku adalah Nabi (utusan) Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1155, hadis nombor 5843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما أن رجلا، قال: يا نبيء الله فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لستُ بِنَبِيءِ الله ولكنْ أنا نبيُّ الله. [الضعيفة (5759)]

(Lemah) Abdullah bin Abbas RA: Seorang lelaki berkata: Wahai pembawa berita Allah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Aku bukan pembawa berita (Nabi’) Allah, tetapi aku adalah Nabi (utusan) Allah. [Lihat Silsilah Al-Da‘ifah, no. 5759]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs