Aku bimbangkan terhadap Umatku setelah (ketiadaan) aku tiga perkara:, kesesatan hawa nafsu, ikutan syahwat-syahwat, dan kelalaian sesudah mengenal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخاف على أمتي بعدي ثلاثا: ضلالة الأهواء، واتباع الشهوات، والغفلة بعد المعرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bimbangkan terhadap Umatku setelah (ketiadaan) aku tiga perkara:, kesesatan hawa nafsu, ikutan syahwat-syahwat, dan kelalaian sesudah mengenal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis nombor 9965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أفلح مولى النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((أخاف على أمتي بعدي ثلاثا: ضلالة الأهواء، واتباع الشهوات، والغفلة بعد المعرفة)).
[ابن قانع، ((الضعيفة)) (2071)]

(Palsu) Daripada Aflah; maula Nabi SAW, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku bimbangkan terhadap Umatku setelah (ketiadaan) aku tiga perkara:, kesesatan hawa nafsu, ikutan syahwat-syahwat, dan kelalaian sesudah mengenal.”
[Riwayat Ibnu Qoni’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2071].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.