Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أخافُ على أمتي بعدي ثلاثًا : ضلالةُ الأهواءِ، واتِّباعُ الشهَواتِ، والغفلةُ بعد المعرفةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku bimbangkan terhadap Umatku setelah (ketiadaan) aku tiga perkara:, kesesatan hawa nafsu, ikutan syahwat-syahwat, dan kelalaian sesudah mengenal.
Sahabat Perawi
- Aflah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis no. 9965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أفلح مولى النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((أخاف على أمتي بعدي ثلاثا: ضلالة الأهواء، واتباع الشهوات، والغفلة بعد المعرفة)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (2071)]
(Palsu) Daripada Aflah; maula Nabi SAW, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku bimbangkan terhadap Umatku setelah (ketiadaan) aku tiga perkara:, kesesatan hawa nafsu, ikutan syahwat-syahwat, dan kelalaian sesudah mengenal.” [Riwayat Ibnu Qoni’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2071].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman