Aku biasa bertanya kepada seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah SAW tentang ayat-ayat al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

إن كنت لأسأل الرجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم عن الآيات من القرآن، أنا أعلم بها منه، ما أسأله إلا ليطعمني شيئا، فكنت إذا سألت جعفر بن أبي طالب لم يجبني حتى يذهب بي إلى منزله فيقول لامرأته: يا أسماء أطعمينا شيئا، فإذا أطعمتنا أجابني، و كان جعفر بن أبي طالب يحب المساكين ويجلس إليهم ويحدثهم ويحدثونه وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكنيه بأبي المساكين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku biasa bertanya kepada seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah SAW tentang ayat-ayat al-Quran. Aku lebih mengetahui tentangnya (ayat-ayat yang ditanya) berbanding dia. Aku tidak akan bertanya kepadanya melainkan agar dia memberi aku sesuatu untuk makan. Sewaktu aku menyoal Ja’far bin Abu Talib, dia tidak menjawab soalanku sehinggalah kami berdua ke rumahnya. Dia berkata kepada isterinya : “Wahai Asma’ jamulah kami dengan sesuatu.” Selepas isterinya memberi kami makan, Ja’far menjawab soalanku. Ja’far seorang yang menyayangi orang-orang miskin. Dia duduk bersama mereka dan mereka akan saling berbual. Rasulullah SAW menggelarnya sebagai Abu Masakin (bapa kepada orang-orang miskin).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871, hadis nombor 9430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: ((إن كنت لأسأل الرجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم عن الآيات من القرآن، أنا أعلم بها منه، ما أسأله إلا ليطعمني شيئا، فكنت إذا سألت جعفر بن أبي طالب لم يجبني حتى يذهب بي إلى منزله فيقول لامرأته: يا أسماء أطعمينا شيئا، فإذا أطعمتنا أجابني، و كان جعفر بن أبي طالب يحب المساكين ويجلس إليهم ويحدثهم ويحدثونه وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكنيه بأبي المساكين)). [ت،((الضعيفة)) (4879)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku biasa bertanya kepada seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah SAW tentang ayat-ayat al-Quran. Aku lebih mengetahui tentangnya (ayat-ayat yang ditanya) berbanding dia. Aku tidak akan bertanya kepadanya melainkan agar dia memberi aku sesuatu untuk makan. Sewaktu aku menyoal Ja’far bin Abu Talib, dia tidak menjawab soalanku sehinggalah kami berdua ke rumahnya. Dia berkata kepada isterinya : “Wahai Asma’ jamulah kami dengan sesuatu.” Selepas isterinya memberi kami makan, Ja’far menjawab soalanku. Ja’far seorang yang menyayangi orang-orang miskin. Dia duduk bersama mereka dan mereka akan saling berbual. Rasulullah SAW menggelarnya sebagai Abu Masakin (bapa kepada orang-orang miskin). [Riwayat al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4879]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.