Aku berwasiat kepada kalian tentang orang-orang yang telah masuk Islam terlebih dahulu dalam kalangan muhajirin

TEKS BAHASA ARAB

أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، إلا تفعلوا؛ لا يقبل منكم صرف ولا عدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berwasiat kepada kalian tentang orang-orang yang telah masuk Islam terlebih dahulu dalam kalangan muhajirin, dan juga anak-anak mereka yang selepas mereka, anak-anak mereka selepas mereka serta anak-anak mereka selepas mereka. Jika kamu tidak melakukannya, tidak akan diterima daripada kamu amal ibadah yang sunat dan wajib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه-، قال: لما حضرت النبي صلى الله عليه وسلم الوفاة، قالوا: يا رسول الله! أوصنا. قال: ((أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، إلا تفعلوا؛ لا يقبل منكم صرف ولا عدل)). [البزار، طس، ((الضعيفة)) (6793)]

(Lemah)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf RA, beliau berkata: Apabila kematian sedang mendatangi Nabi SAW, mereka berkata: Wahai Rasulullah! Berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kalian tentang orang-orang yang telah masuk Islam terlebih dahulu dalam kalangan muhajirin, dan juga anak-anak mereka yang selepas mereka, anak-anak mereka selepas mereka serta anak-anak mereka selepas mereka. Jika kamu tidak melakukannya, tidak akan diterima daripada kamu amal ibadah yang sunat dan wajib.
[Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6793]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs