Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسْتَشَرْتُ جِبْرِيلَ فِي الشَّاهِدِ والْيَمِينِ فَأَمَرَنِي.
Teks Bahasa Melayu
Aku berunding dengan Jibril tentang saksi dan sumpah lalu beliau mengarahkan aku.
Sahabat Perawi
- Maslamah bin Qais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 832, hadis no. 4270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مسلمة بن قيس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((استشرت جبريل في الشاهد واليمين فأمرني)). [فر، ((الضعيفة)) (2756)]
(Lemah) Daripada Maslamah bin Qais RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku berunding dengan Jibril tentang saksi dan sumpah lalu beliau mengarahkan aku. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2756]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman