TEKS BAHASA ARAB
نحن أحق بالمصافحة منهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kita lebih berhak kepada berjabat tangan berbanding mereka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن البراء – رضي الله عنه -، قال: لقيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فصافحني، فقلت: يا رسول الله كنت أحسب أن هذا من زي العجم. فقال: ((نحن أحق بالمصافحة منهم)). [الروياني، عد، الدولابي، ((الضعيفة)) (6365)]
(Munkar)
Daripada al-Bara’ RA beliau berkata: Aku bertemu dengan Rasulullah SAW lalu baginda berjabat tangan denganku. Maka aku pun berkata: Wahai Rasulullah, aku sangkakan bahawa ini merupakan sebahagian dari adat golongan ‘ajam (bukan Arab). Lalu baginda berkata: Kita lebih berhak kepada berjabat tangan berbanding mereka.
[Riwayat al-Ruyani, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da‘Īfah, no. 6365]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.