Aku bertanya kepada Tuhanku tentang perkara yang diperselisihkan dalam kalangan sahabatku selepas kewafatanku

TEKS BAHASA ARAB

سألت ربي فيما اختلف فيه أصحابي من بعدي، فأوحى الله إلي: يا محمد! إن أصحابك عندي بمنزلة النجوم في السماء، بعضها أضوأ من بعض، فمن أخذ بشيء مما هم عليه من اختلافهم؛ فهو عندي على هدى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bertanya kepada Tuhanku tentang perkara yang diperselisihkan dalam kalangan sahabatku selepas kewafatanku, maka Allah mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya para sahabatmu di sisiku kedudukannya sama seperti bintang-bintang di langit, sebahagiannya lebih bercahaya daripada yang lain. Barang siapa yang mengambil sesuatu daripada mereka daripada perselisihan, maka dia di sisiku berada di atas petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis nombor 8958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سألت ربي فيما اختلف فيه أصحابي من بعدي، فأوحى الله إلي: يا محمد! إن أصحابك عندي بمنزلة النجوم في السماء، بعضها أضوأ من بعض، فمن أخذ بشيء مما هم عليه من اختلافهم؛ فهو عندي على هدى)). [ابن بطة، نظام الملك في ((الأمالي))، فر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (60)]

(Palsu)
Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku bertanya kepada Tuhanku tentang perkara yang diperselisihkan dalam kalangan sahabatku selepas kewafatanku, maka Allah mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya para sahabatmu di sisiku kedudukannya sama seperti bintang-bintang di langit, sebahagiannya lebih bercahaya daripada yang lain. Barang siapa yang mengambil sesuatu daripada mereka daripada perselisihan, maka dia di sisiku berada di atas petunjuk.
[Riwayat Ibn Baṭṭah dalam al-Ibānah, Niẓām al-Mulk dalam al-Amālī, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 60]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs