TEKS BAHASA ARAB
سألت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرجل لم يحج؛ أو يستقرض للحج؟ قال: لا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku bertanya kepada Rasulullah tentang seorang lelaki yang belum menunaikan haji, adakah dia boleh berhutang untuk menunaikan haji? Dia berkata: Tidak.
STATUS
Tiada asalnya secara marfu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis nombor 4193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا): ((سألت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرجل لم يحج؛ أو يستقرض للحج؟ قال: لا)).
[((الضعيفة)) (6142)].
(Tiada asalnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)) Daripada Abdullah bin Abi Aufa RA –sahabat Rasulullah SAW- bahawasanya ia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah tentang seorang lelaki yang belum menunaikan haji, adakah dia boleh berhutang untuk menunaikan haji? Dia berkata: Tidak.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6142]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.