Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang apakah itu ilmu batin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سألت النبي صلى الله عليه وسلم عن علم الباطن ما هو فقال سألت جبريل عنه فقال سر بيني وبين أحبائي وأوليائي وأصفيائي أودعه في قلوبهم لا يطلع عليه ملك مقرب ولا نبي مرسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang apakah itu ilmu batin. Nabi SAW menjawab: Aku telah bertanya kepada Jibrail AS tentang ilmu batin. Jibrail menjawab ia adalah rahsia antara-Ku dengan para kekasih, wali dan pendamping-Ku. Aku tinggalkan ia dalam hati mereka yang mana ianya tidak boleh dilihat oleh para malaikat mahupun para nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الذيل رُوِيَ مُرْسلا عَن الْحسن عَن حُذَيْفَة «سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عِلْمِ الْبَاطِنِ مَا هُوَ فَقَالَ سَأَلْتُ جِبْرِيلَ عَنْهُ فَقَالَ سِرٌّ بَيْنِي وَبَيْنَ أَحِبَّائِي وَأَوْلِيَائِي وَأَصْفِيَائِي أُودِعُهُ فِي قُلُوبِهِمْ لَا يَطَّلِعُ عَلَيْهِ مَلَكٌ مُقَرَّبٌ وَلَا نَبِي مُرْسل» قَالَ ابْن حجر هُوَ مَوْضُوع وَالْحسن مَا لَقِي حُذَيْفَة.

Dalam kitab Al-Zayl, diriwayatkan secara mursal daripada Al-Hasan daripada Huzaifah RA:
Maksudnya: “Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang apakah itu ilmu batin. Nabi SAW menjawab: Aku telah bertanya kepada Jibrail AS tentang ilmu batin. Jibrail menjawab ia adalah rahsia antara-Ku dengan para kekasih, wali dan pendamping-Ku. Aku tinggalkan ia dalam hati mereka yang mana ianya tidak boleh dilihat oleh para malaikat mahupun para nabi.”
Ibn Hajar berkata: Ia adalah hadis yang palsu. Al-Hasan tidak pernah bertemu Huzaifah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.