Aku bertanya kepada Nabi SAW berkenaan kalimah-kalimah (kata-kata pengakuan taubat) yang Adam terima dari Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سألت النبي صلى الله عليه وسلم عن الكلمات التي تلقاها آدم من ربه فتاب عليه قال سأل بحق محمد وفاطمة والحسن إلا تبت علي فتاب عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bertanya kepada Nabi SAW berkenaan kalimah-kalimah (kata-kata pengakuan taubat) yang Adam terima dari Allah, lalu Allah menerima taubatnya. Nabi SAW bersabda: Baginda meminta dengan hak Muhammad, Fatimah dan Hasan melainkan Engkau menerima taubatku maka Allah menerima taubatnya.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ابْن عَبَّاس «سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْكَلِمَاتِ الَّتِي تَلَقَّاهَا آدَمُ مِنْ رَبِّهِ فَتَابَ عَلَيْهِ قَالَ سَأَلَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَفَاطِمَةَ وَالْحَسَنِ إِلا تُبْتَ عَلَيَّ فَتَابَ عَلَيْهِ» فِيهِ حُسَيْن بن حسن اتهمه ابْن عدي.

“Aku bertanya kepada Nabi SAW berkenaan kalimah-kalimah (kata-kata pengakuan taubat) yang Adam terima dari Allah, lalu Allah menerima taubatnya. Nabi SAW bersabda: Baginda meminta dengan hak Muhammad, Fatimah dan Hasan melainkan Engkau menerima taubatku maka Allah menerima taubatnya.”. Dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang bernama Husain Bin Hasan. Ibn ‘Adiyy menuduh beliau melakukan pendustaan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.