Aku bertanya kepada Jibril tentang ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

حديث: سألت جبريل عن الإخلاص ما هو؟ فقال: سألت عنه رب العزة. فقال: الإخلاص سر من أسراري أودعته قلب من حببت من عبادي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku bertanya kepada Jibril tentang ikhlas, apakah ia? Jibril berkata: aku bertanya tentangnya kepada Tuhanku, Dia berfirman: Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku meletakkannya di dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku kasihi.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 94, hadis nombor 240. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هكذا وقع لنا مسلسلا بالسؤال إلى الحسن البصري عن حذيفة، وصرح المحدثون: أن الحسن لم يسمع من حذيفة، بل ما لقيه.

Demikian sampai kepada kami dengan sanad musalsal hingga al-Hasan al-Basri daripada Huzaifah. Ulama hadith menjelaskan: Sesungguhnya al-Hasan tidak mendengar hadith daripada Huzaifah bahkan tidak pernah bertemu dengannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs