TEKS BAHASA ARAB
أرأيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – توفي ورأسه في حجر أحد؟ قال: توفي وهو لمستند إلى صدر علي. قلت: فإن عروة حدثني عن عائشة أنها قالت:توفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بين سحري ونحري؟! فقال ابن عباس: أتعقل؟! والله! لتوفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وإنه لمستند إلى صدر علي؛ وهو الذي غسله وأخي الفضل ابن عباس. وأبى أبي أن يحضر، وقال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – كان يأمرنا أن نستتر، فكان عند الستر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku bertanya kepada Ibn ‘Abbas RA: “Adakah engkau melihat Rasulullah SAW wafat dalam keadaan kepalanya di atas pangkuan seseorang?” Ibn Abbas RA berkata: “Baginda meninggal dunia dalam keadaan bersandar pada dada ‘Ali RA.” Aku pun berkata: “Tetapi ‘Urwah memberitahu aku, beliau menceritakan kepadaku daripada ‘Aishah RA bahawa ‘Aishah menyebut: “Rasulullah SAW wafat di antara dada dan leherku?! Kemudian Ibnu Abbas berkata: “Adakah engkau waras?! Demi Allah! Rasulullah SAW telah wafat dalam keadaan baginda bersandar pada dada ‘Ali RA; Dialah yang memandikan Rasulullah bersama saudaraku al-Fadl bin ‘Abbas.” Ayahku pula enggan hadir dan dia berkata: “Rasulullah SAW menyuruh kami menutupnya, maka dia berada di balik tabir.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867 – 1868, hadis nombor 9418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي غطفان، قال: سألت ابن عباس: أرأيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – توفي ورأسه في حجر أحد؟ قال: توفي وهو لمستند إلى صدر علي. قلت: فإن عروة حدثني عن عائشة أنها قالت: توفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بين سحري ونحري؟! فقال ابن عباس: أتعقل؟!والله! لتوفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وإنه لمستند إلى صدر علي؛ وهو الذي غسله وأخي الفضل ابن عباس. وأبى أبي أن يحضر، وقال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – كان يأمرنا أن نستتر، فكان عند الستر. [ ابن سعد ، ((الضعيفة)) ( 4969)].
(Palsu) Dari Abi Ghatfan, katanya: Aku bertanya kepada Ibn ‘Abbas RA: “Adakah engkau melihat Rasulullah SAW wafat dalam keadaan kepalanya di atas pangkuan seseorang?” Ibn Abbas RA berkata: “Baginda meninggal dunia dalam keadaan bersandar pada dada ‘Ali RA.” Aku pun berkata: “Tetapi ‘Urwah memberitahu aku, beliau menceritakan kepadaku daripada ‘Aishah RA bahawa ‘Aishah menyebut: “Rasulullah SAW wafat di antara dada dan leherku?! Kemudian Ibnu Abbas berkata: “Adakah engkau waras?! Demi Allah! Rasulullah SAW telah wafat dalam keadaan baginda bersandar pada dada ‘Ali RA; Dialah yang memandikan Rasulullah bersama saudaraku al-Fadl bin ‘Abbas.” Ayahku pula enggan hadir dan dia berkata: “Rasulullah SAW menyuruh kami menutupnya, maka dia berada di balik tabir.” [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4969]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.