Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أرأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - توفي ورأسه في حجر أحد؟ قال: توفي وهو لمستند إلى صدر علي. قلت: فإن عروة حدثني عن عائشة أنها قالت:توفي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بين سحري ونحري؟! فقال ابن عباس: أتعقل؟! والله! لتوفي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وإنه لمستند إلى صدر علي؛ وهو الذي غسله وأخي الفضل ابن عباس. وأبى أبي أن يحضر، وقال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يأمرنا أن نستتر، فكان عند الستر.
Teks Bahasa Melayu
Aku bertanya kepada Ibn 'Abbas RA: "Adakah engkau melihat Rasulullah SAW wafat dalam keadaan kepalanya di atas pangkuan seseorang?" Ibn Abbas RA berkata: "Baginda meninggal dunia dalam keadaan bersandar pada dada ‘Ali RA." Aku pun berkata: "Tetapi 'Urwah memberitahu aku, beliau menceritakan kepadaku daripada ‘Aishah RA bahawa ‘Aishah menyebut: "Rasulullah SAW wafat di antara dada dan leherku?! Kemudian Ibnu Abbas berkata: "Adakah engkau waras?! Demi Allah! Rasulullah SAW telah wafat dalam keadaan baginda bersandar pada dada ‘Ali RA; Dialah yang memandikan Rasulullah bersama saudaraku al-Fadl bin 'Abbas." Ayahku pula enggan hadir dan dia berkata: "Rasulullah SAW menyuruh kami menutupnya, maka dia berada di balik tabir."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867-1868, hadis no. 9418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي غطفان، قال: سألت ابن عباس: أرأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - توفي ورأسه في حجر أحد؟ قال: توفي وهو لمستند إلى صدر علي. قلت: فإن عروة حدثني عن عائشة أنها قالت: توفي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بين سحري ونحري؟! فقال ابن عباس: أتعقل؟!والله! لتوفي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وإنه لمستند إلى صدر علي؛ وهو الذي غسله وأخي الفضل ابن عباس. وأبى أبي أن يحضر، وقال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يأمرنا أن نستتر، فكان عند الستر. [ ابن سعد ، ((الضعيفة)) ( 4969)].
(Palsu) Dari Abi Ghatfan, katanya: Aku bertanya kepada Ibn 'Abbas RA: "Adakah engkau melihat Rasulullah SAW wafat dalam keadaan kepalanya di atas pangkuan seseorang?" Ibn Abbas RA berkata: "Baginda meninggal dunia dalam keadaan bersandar pada dada ‘Ali RA." Aku pun berkata: "Tetapi 'Urwah memberitahu aku, beliau menceritakan kepadaku daripada ‘Aishah RA bahawa ‘Aishah menyebut: "Rasulullah SAW wafat di antara dada dan leherku?! Kemudian Ibnu Abbas berkata: "Adakah engkau waras?! Demi Allah! Rasulullah SAW telah wafat dalam keadaan baginda bersandar pada dada ‘Ali RA; Dialah yang memandikan Rasulullah bersama saudaraku al-Fadl bin 'Abbas." Ayahku pula enggan hadir dan dia berkata: "Rasulullah SAW menyuruh kami menutupnya, maka dia berada di balik tabir." [Riwayat Ibn Sa'ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4969]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman