Aku bertanya kepada 'Aishah RA tentang ayat (Kemudian kami wariskan…)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سألت عائشة عن قول الله -تبارك وتعالى-: (ثم أورثنا…) الآية [32/ فاطر]، قالت عائشة: يا بني! كل هؤلاء في الجنة، فأما (السابق بالخيرات)، فمن مضى على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ شهد له رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بالحياة والرزق، وأما (المقتصد)، فمن تبع أثره من أصحابه حتى لحق به. وأما (الظالم لنفسه)، كمثلي ومثلكم. قال: فجعلت نفسها معنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bertanya kepada ‘Aishah RA tentang ayat (Kemudian kami wariskan…) lalu dia menjawab: “Wahai anakku, kesemua mereka itu di syurga, adapun golongan yang mendahului orang lain ialah mereka ialah orang yang melalui zaman Rasulullah SAW, yang mana baginda SAW sendiri menyaksikan kehidupan dan rezeki mereka. Adapun golongan sederhana, mereka ialah orang yang mengikuti jejak para sahabat baginda sehingga bertemu dengannya. Adapun golongan yang menzalimi dirinya, mereka ialah sepertiku dan seperti kamu semua.” Uqbah berkata: "’Aishah RA menyamakan dirinya sama seperti kami."

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1832, hadis nombor 9238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل مع وقفه)عن عقبة بن صهبان الهنائي، قال: سألت عائشة عن قول الله -تبارك وتعالى-: (ثم أورثنا…) الآية [32/ فاطر] ، قالت عائشة: يا بني! كل هؤلاء في الجنة، فأما (السابق بالخيرات)، فمن مضى على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ شهد له رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بالحياة والرزق، وأما (المقتصد)، فمن تبع أثره من أصحابه حتى لحق به. وأما (الظالم لنفسه)، كمثلي ومثلكم. قال: فجعلت نفسها معنا. [الطيالسي، ((الضعيفة)) (3235)].

(Batil dengan sanad mauquf) Daripada ‘Uqbah bin Suhban al-Hanna’i berkata: Aku bertanya kepada ‘Aishah RA tentang ayat (Kemudian kami wariskan…) lalu dia menjawab: “Wahai anakku, kesemua mereka itu di syurga, adapun golongan yang mendahului orang lain ialah mereka ialah orang yang melalui zaman Rasulullah SAW, yang mana baginda SAW sendiri menyaksikan kehidupan dan rezeki mereka. Adapun golongan sederhana, mereka ialah orang yang mengikuti jejak para sahabat baginda sehingga bertemu dengannya. Adapun golongan yang menzalimi dirinya, mereka ialah sepertiku dan seperti kamu semua.” Uqbah berkata: "’Aishah RA menyamakan dirinya sama seperti kami." [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3235]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.