Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سألتُ جبريلَ عليهِ الصلاةُ والسلامُ عن هذه الآيةِ : ( وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ) من الذين لم يشأِ اللهُ أن يصعقَهم ؟ قال : هم الشهداءُ يتقلَّدونَ أسيافَهم حولَ عرشِهِ، تتلقَّاهمُ الملائكةُ يومَ القيامةِ إلى المحشرِ بنجائبَ من ياقوتٍ أزِمَّتُها الدرُّ الأبيضُ برحالِ الذهبِ أعنَّتُها السندسُ والإستبرقُ نمارُها ألينُ من الحريرِ مدُّ خُطاها مدُّ أبصارِ الرجالِ يسيرون في الجنةِ على خيولٍ يقولون عند طولِ النزهةِ : انطلِقوا بنا إلى ربِّنا لننظرَ كيف يقضي بينَ خلقِهِ يضحكُ إليهمْ إلهي وإذا ضحِك إلى عبدٍ في موطنٍ فلا حسابَ عليهِ
Teks Bahasa Melayu
Aku bertanya Jibril AS berkaitan ayat: "Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, kemudian matilah sesiapa yang berada di langit-langit dan dibumi melainkan sesiapa yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangka kala itu sekali lagi, maka dengan serta merta mereka berdiri sambil menunggu (kesudahan masing-masing)". Siapa yang dikehendaki Allah SWT untuk tidak mematikan mereka? Jibril menjawab: Mereka ialah golongan yang syahid. Mereka menyandang pedang-pedang mereka disekitar Arasy. Malaikat datang kepada mereka dengan membawa batu permata, yang diikat dengan mutiara putih, dipahat dengan emas, talinya daripada kain sutera yang tebal dan kain sutera yang halus, kainnya lebih lembut daripada sutera, panjang benangnya seluas pandangan lelaki, mereka berjalan di syurga dengan menaiki kuda, mereka berkata sewaktu berehat: Mari kita berangkat menuju Tuhan kita, melihat bagaimana Allah SWT menghakimi diantara makhluk-makhluknya. Allah SWT ketawa kepada mereka, dan sekiranya Allah SWT ketawa terhadap hamba-Nya pada satu tempat, maka tiada perhitungan ke atas dirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis no. 5205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz yang sempurna ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku bertanya Jibril AS berkaitan ayat: "Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, kemudian matilah sesiapa yang berada di langit-langit dan dibumi melainkan sesiapa yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangka kala itu sekali lagi, maka dengan serta merta mereka berdiri sambil menunggu (kesudahan masing-masing)". Siapa yang dikehendaki Allah SWT untuk tidak mematikan mereka? Jibril menjawab: Mereka ialah golongan yang syahid. Mereka menyandang pedang-pedang mereka disekitar Arasy. Malaikat datang kepada mereka dengan membawa batu permata, yang diikat dengan mutiara putih, dipahat dengan emas, talinya daripada kain sutera yang tebal dan kain sutera yang halus, kainnya lebih lembut daripada sutera, panjang benangnya seluas pandangan lelaki, mereka berjalan di syurga dengan menaiki kuda, mereka berkata sewaktu berehat: Mari kita berangkat menuju Tuhan kita, melihat bagaimana Allah SWT menghakimi diantara makhluk-makhluknya. Allah SWT ketawa kepada mereka, dan sekiranya Allah SWT ketawa terhadap hamba-Nya pada satu tempat, maka tiada perhitungan ke atas dirinya. [Musnad Abi Ya'la, Mustadrak al-Hakim, al-Daraqutni dalam al-Afrad, Ibn al-Munzir, Ibn Marduyah, al-Baihaqi dalam al-Ba'th, Ibn Abi al-Dunya; al-Dhai’fah no. 5437].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman